Program Syantah Ramadhan

Dr Soleh, Dr Solah dan ahli bersedia untuk menyampaikan sumbangan di Kg Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Sumbangan kepada mualaf dalam ziarah mahabbah

Penaung PEKA menyampaikan sumbangan kepada mualaf di Pekan Changlun.

Ziarah Ibu Tunggal

Kak Ton, Seorang ibu tunggal yang tabah mengahadapi dugaan.

Majlis Perlancaran PEKA 2014

Majlis Perlancaran PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa PEKA 2014

Majlis berbuka puasa PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

coming soon

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Ziarah Rumah Puan Fatimah Ibu Tunggal


 24 Oktober 2014, Pekan Changlun

Menziarahi seorang ibu tunggal yang bernama Puan Fatimah yang telah kehilangan suami pada tahun lepas. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Dengan keadaan rumahnya yang daif beliau meneruskan pencarian rezeki bagi menyara 4 orang anak-anaknya.

Peka akan cuba membantu dari segi membaikpulih dapurnya yang terlalu daif agar mereka mendapat sedikit keselesaan.






Saturday, 26 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama anak-anak yatim dan fakir miskin

19 Julai 2014.

Sebagai kesinambungan dan usaha meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang adil, ihsan dan berkebajikan, Pertubuhan Kebajikan Al-Amin Kubang Pasu (PEKA) akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Yatim dan Masakin sekitar Kubang Pasu pada bulan Ramadan tahun ini (Ramadan 1435). Program dijangka melibatkan 100 pelajar dari sekolah terpilih sekitar Kubang Pasu, Kedah. Sumbangan duit raya juga direncana untuk turut disampaikan pada majlis tersebut..Pemilihan pelajar dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu. 















Perlancaran Pertubuhan Kebajikan Al-Amin (PEKA) Kubang Pasu

19 Julai 2014, Pusat Islam UUM.
Pada 19 Julai 2014, Pertubuhan Kebajikan Al-Amin (PEKA) telah dilancarkan secara rasmi oleh Penaung PEKA, Tn Hj Md Fauzi bin Mat Isa. Peka telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan mendapat kelulusan secara rasmi oleh ROS pada 9 Julai 2013 dengan no pendaftaran PPM-022-02-09072013. Turut hadir pada majlis tersebut ialah En Zabidi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Medical Centre. 



Wednesday, 12 March 2014

ziarah mahabbah siri 4

Kali ini pihak PEKA menziarahi pakcik shukri di malau. rumahnnya yang daif memaut hati kami untuk berfikir jalan bagi membantu mereka. Alhamdulillah, kami dapat menolong sekadar yang termampu. Peka telah berurusan dengan Pejabat Zakat negeri kedah darul aman untuk tindakan selanjutnya.

Page 1

Page 1

Page 2

Page 2