Wednesday 13 November 2013

Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Al-Amin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pertubuhan Kebajikan Al-Amin atau nama singkatannya PEKA merupakan sebuah badan kebajikan yang beroperasi di Kubang Pasu, Kedah Darul Aman dan Pertubuhan ini juga telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) iaitu pada 09 Julai 2013. 
*No Pendaftaran : PPM-022-02-09072013

Penubuhan PEKA adalah untuk tujuan kebajikan dan membantu masyarakat khusus di Kubang Pasu dan masyarakat sekitarnya. Aktiviti kami adalah merangkumi bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim serta fakir miskin yang memerlukan.Selain daripada itu, PEKA juga bertujuan untuk membantu meningkatkan sahsiah golongan belia dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti program motivasi dan sebagainya. 

Selain daripada menjalankan kebajikan, bbjektif penubuhan PEKA adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama antara ahli dan mewujudkan masyarakat yang penyayang dan prihatin.



0 comments:

Post a Comment

Page 1

Page 1

Page 2

Page 2