Program Syantah Ramadhan

Dr Soleh, Dr Solah dan ahli bersedia untuk menyampaikan sumbangan di Kg Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Sumbangan kepada mualaf dalam ziarah mahabbah

Penaung PEKA menyampaikan sumbangan kepada mualaf di Pekan Changlun.

Ziarah Ibu Tunggal

Kak Ton, Seorang ibu tunggal yang tabah mengahadapi dugaan.

Majlis Perlancaran PEKA 2014

Majlis Perlancaran PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa PEKA 2014

Majlis berbuka puasa PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

coming soon

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 23 October 2014

Ziarah Rumah Puan Fatimah Ibu Tunggal


 24 Oktober 2014, Pekan Changlun

Menziarahi seorang ibu tunggal yang bernama Puan Fatimah yang telah kehilangan suami pada tahun lepas. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Dengan keadaan rumahnya yang daif beliau meneruskan pencarian rezeki bagi menyara 4 orang anak-anaknya.

Peka akan cuba membantu dari segi membaikpulih dapurnya yang terlalu daif agar mereka mendapat sedikit keselesaan.






Majlis Berbuka Puasa PEKA bersama anak-anak yatim Darul Aminan

20 Julai 2014 Port Dickson. Peka dengan kerjasama Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim darul aminan ampangan, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang telah membantu program ini berjalan dengan lancar.



Saturday 26 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama anak-anak yatim dan fakir miskin

19 Julai 2014.

Sebagai kesinambungan dan usaha meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang adil, ihsan dan berkebajikan, Pertubuhan Kebajikan Al-Amin Kubang Pasu (PEKA) akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Yatim dan Masakin sekitar Kubang Pasu pada bulan Ramadan tahun ini (Ramadan 1435). Program dijangka melibatkan 100 pelajar dari sekolah terpilih sekitar Kubang Pasu, Kedah. Sumbangan duit raya juga direncana untuk turut disampaikan pada majlis tersebut..Pemilihan pelajar dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu. 















Perlancaran Pertubuhan Kebajikan Al-Amin (PEKA) Kubang Pasu

19 Julai 2014, Pusat Islam UUM.
Pada 19 Julai 2014, Pertubuhan Kebajikan Al-Amin (PEKA) telah dilancarkan secara rasmi oleh Penaung PEKA, Tn Hj Md Fauzi bin Mat Isa. Peka telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan mendapat kelulusan secara rasmi oleh ROS pada 9 Julai 2013 dengan no pendaftaran PPM-022-02-09072013. Turut hadir pada majlis tersebut ialah En Zabidi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Medical Centre. 



Saturday 28 June 2014

Sumbangan Kurma Ramadan 2014 fasa 1


Assalamualaikum..Alhamdulillah, proses sumbangan kurma melibatkan ziarah rumah ke rumah berjaya dilaksanakan.. bagaimanapun, Pihak PEKA masih lagi berjalan bagi mengedarkan kurma kepada masyarakat memerlukan bagi persediaan ramadhan hasil sumbangan badan korporat dan orang ramai. diharap program begini akan mendapat sambutan dan dana dari orang ramai serta syarikat-syarikat swasta.

     sumbangan kepada kariah masjid di masjid napoh







Sunday 22 June 2014

Mesyuarat bagi Program Majlis Berbuka Puasa 2014


Mesyuarat di rumah setiausaha PEKA bagi pembahagian tugas untuk melaksankan program. 

Detail bagi program tersebut ialah :

lokasi : Dewan pusat islam UUM
tarikh : 19 julai 2014
peserta : anak-anak yatim sekitar Kubang Pasu

Saturday 10 May 2014

Jelajah Remaja Prihatin - Ziarah Mahabbah di Sikamat Negeri Sembilan

Alhamdulillah. Sekali lagi PEKA bersama-sama pelajar Kolej Pembantu Perubatan Seremban menziarahi masyarakat yang memerlukan ( Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal dan Warga Emas ) . Jelajah ini dibuat bagi memupuk sikap kerjasama antara masyarakat, memupuk sikap yang bertanggungjaawab dalam kalangan remaja selaras dengan tema Program Jelajah Remaja Prihatin.







Page 1

Page 1

Page 2

Page 2