Program Syantah Ramadhan

Dr Soleh, Dr Solah dan ahli bersedia untuk menyampaikan sumbangan di Kg Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Sumbangan kepada mualaf dalam ziarah mahabbah

Penaung PEKA menyampaikan sumbangan kepada mualaf di Pekan Changlun.

Ziarah Ibu Tunggal

Kak Ton, Seorang ibu tunggal yang tabah mengahadapi dugaan.

Majlis Perlancaran PEKA 2014

Majlis Perlancaran PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa PEKA 2014

Majlis berbuka puasa PEKA telah berlangsung pada 19 Julai 2014

coming soon

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 30 November 2013

Ziarah Mahabbah Siri 3 (asnaf yang memerlukan)

Ziarah Mahabbah siri ketiga oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Amin Kubang Pasu. Sumbangan orang ramai dapat meringankan beban orang yang memerlukan. Pihak Peka menguruskan dan menyampaikan kepada yang memerlukan.

Sunday 17 November 2013

Projek membaiki rumah yang memerlukan

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Alhamdulillah, julung kalinya projek pertama PEKA Kubang Pasu sedang dilaksanakan. Pihak PEKA telah mendapat dana dari penaung PEKA untuk melaksanakan dan menyiapkan projek ini dalam tahun 2013.

Lawatan pihak PEKA pada Oktober lepas.

Sumbangan di Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang isteri dalam lingkungan 50an, seorang ibu kepada 5 orang anak yang tabah mengharungi kehidupan. suaminya terlantar kesakitan dan tidak mampu bekerja. hanya Isteri bekerja kampung bagi menampung keluarga.

Wednesday 13 November 2013

Ziarah Mahabbah Siri 2 ( Ziarah Ibu Tunggal )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kak Ton tukang urut, itulah nama glamour di Pekan Changlun. seorang ibu tunggal yang hanya berpendapatan sebagai tukang urut tradisional. Pihak PEKA telah berkunjung ke rumah beliau untuk menziarahi kerana mendapat aduan beliau tinggal seorang dirumah dan keuzuran rumah beliau mendapat perhatian pelbagai pihak. 
''kak ton ni dok urut orang, kadang2 hat naik mecedes,mai naik kereta besaq-besaq tapi huluq rm5, rm10, kakton bukan berkira,tapi tulah sajalah rezeki kakton, alhamdulillah''

 itu lah kata-katanya saat kami sampai kesana. 


Ziarah Mahabbah Siri 1 ( Sumbangan kepada Mualaf )

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Ziarah Mahabbah merupakan Program bulanan Pertubuhan Kebajikan Al-Amin.
Pada Ramadhan 2013 yang lepas, PEKA telah menziarah beberapa saudara kita yang telah memeluk Islam ( Mualaf ). PEKA telah menyumbang beras dan kurma.




Program Syantah Ramadhan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Pada Ramadhan yang lepas, Program Sulung kami, Pihak PEKA telah menyampaikan sumbangan Kurma kepada masyarakat sekitar Kubang Pasu dan kampung-kampung yang terpilih. Beserta dengan kurma ialah risalah kebaikan dan manfaat Ramadhan. Lebih 400 kotak berjaya disumbangkan. Terima Kasih kepada yang menyumbang kepada pihak PEKA untuk terus menjalankan aktiviti kebajikan.











Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Al-Amin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertubuhan Kebajikan Al-Amin atau nama singkatannya PEKA merupakan sebuah badan kebajikan yang beroperasi di Kubang Pasu, Kedah Darul Aman dan Pertubuhan ini juga telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) iaitu pada 09 Julai 2013. 
*No Pendaftaran : PPM-022-02-09072013

Penubuhan PEKA adalah untuk tujuan kebajikan dan membantu masyarakat khusus di Kubang Pasu dan masyarakat sekitarnya. Aktiviti kami adalah merangkumi bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim serta fakir miskin yang memerlukan.Selain daripada itu, PEKA juga bertujuan untuk membantu meningkatkan sahsiah golongan belia dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti program motivasi dan sebagainya. 

Selain daripada menjalankan kebajikan, bbjektif penubuhan PEKA adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama antara ahli dan mewujudkan masyarakat yang penyayang dan prihatin.



Page 1

Page 1

Page 2

Page 2